Esoknya pepagi saya sudah bersedia dan berdoa meminta restu suami dan emak, agar permudahkan proses bersalin saya. Tapi malangnya ada sedikit masalah, bahawa tekanan darah saya tiba2 agak tggi, setelah berbincang saya terpaksa dimasukkan darah sebanyak 2 paket. Maka seharian itu saya hanya diberi rehat sambil memasukkan darah.adoiiii..kiri dan kanan tangan saya penuh wayar..nak terkucil pon terpaksa panggilkan nurse utk bantuan, da la byk kali pulak tu, nasibla nurse yg bertugas semuanya baik2 belaka.
oh ya terlupa pula, di sini saya boleh memilih pakej bersalin mengikut keperluan, jadi saya memilih utk bilik Single Family.. Jadi saya boleh bawa kesemua anak2 duduk bersama, jadi xada masalah utk mereka melawat saya bila2 masa, ok laa saya sgt puasati dgn layanan , makanan dan perkhidmatan yg diberi, nurse sgt cekap dlm tugas mereka walau muda2 , doc pon dtg berbincang secara profesional dan personal, alhamdulillah ...rezeki saya agaknya. Sepanjang saya berada disana rasa amat selesa dan privacy ,xsedar duk sana selama 3 hari..hehe.. Kira xboringla..
Ok sambung balik, pada pagi rabu 27/2 esoknya saya diberi ubat induce dan bermulalah dtg sakit sedikit demi sedikit, makin lama makin sakit..dtg nurse tgok bacaan CTG saya makin tinggi sehingga 100++ dia offer ubat tahan sakit, saya laju je mengangguk tanda setuju, encik suami sentiasa disisi mengingatkan agar saya perbykkan zikir dan doa, cuba menenangkan saya yg semakin mengerang kesakitan..lps diberi suntikan tahan sakit saya berasa sgt lega dan siap ckp pada encik suami, aik da xsakit, cemane nk bersalin ni.. Hahaha..tapi slps beberapa ketika ohh semakin xterkawal diri mengerang kesakitan, nurse pon check bukaan, 7-8 cm katanya, ok kita masuk labour room ye..saya berasa amat lega di dlm hati kerana tahu sudah xberapa lama utk saya melahirkan puteri ke7 kami dan xlama sudah utk saya mengharungi kesakitan yg tuhan shj yg tahu.
Xlama duk dlm LR tu, saya pon selamat melahirkan, tepat jam 1235 tghari. Alhamdulillah, pengalaman bersalin disini sgt beza dgn hosp. Kerajaan walaupon di kelas1.. Di sini saya xrasa lgsg semasa proses jahitan luka, luka pon xbyk, tiba2 da siap, jam 130 saya sudahpon berada dibilik Lavender saya, anak juga mereka uruskan di nursery yg dikhaskan..jadi sempatla saya berehat selama beberapa jam, dlm pkl 3 ptg baru bby saya dihantar masuk kebilik saya. Rindunya rasa nk dakap dan beri susu kpd bby saya masa tu. Tu pengalaman manis saya, sama juga buat encik suami, kalini dia sentiasa boleh menemani saya, tgok sdiri setiap saat dari mula hinggaa selesai proses petsalinan, berbeza sblm ini hanya boleh tgok semasa bersalin shj, jahit dan masa keluarkan uri xboleh tgok kalau di hkl dulu. Dia juga puasati, dpt azan dan iqamatkan bby sejurus beberapa minit bby keluar dari perut saya, kami juga dapat tahnik cara nabi saw dgn beri madu sblum susuan ibu pertama..alhamdulillah, syukur dgn rezeki kali ini.
Segalanya berjalan lancar. Tghari khamis 28/2 kami pon discaj. Terima kasih pada semua yg beri layanan terbaik buat kami, andai lainkali ada rezeki lagi akan kami dtg kesini lagi..hihihi.. Ok la takat ini dulu perkongsian kali ini. Ops lupa kami sepakat mendaftarkan nama anak kami dgn nama Zinnirah Az Zahraa.. Apa maksudnya? Anda google le sendiri hehehe...
Wallahuallam.
Semangat nye bby akk.sebaya lah anak kite.kin 22/2.
ReplyDeleteHi kin..ye ke... Alahai selang berape hari je bby kite...sorry xpasan ade comment.... Xsgke ada reader pulak...heee...tq bertandang ke blog ini....
DeleteASSALAMUALAIKUM..
ReplyDeleteSAYA tumpang iklan yer admin..
Saya menjual susu formula dengan harga murah berbanding pasaran kita di Malaysia..
ENFALAC A+ step 1 > RM 180/1800g
ENFALAC A+ step 2 > RM 165/1800g
ENFAGROW A+ step 3 > RM 145/2400g
*produk di import dari Thailand. Namun telah disahkan kandungan sama dengan Malaysia. Pembungkusan sahaja yang berbeza dan ianya HALAL.
-website JAKIM-
Produk susu kebanyakkannya adalah produk import maka dengan itu tidak dibenarkan menggunakan logo halal Malaysia, pengedar diarahkan menggunakan logo halal badan islam di negara asal produk dan tidak boleh menggunakan logo halal Malaysia. Di Thailand, Malaysia telah melantik sebuah badan Islam iaitu The Central Islamic Committe of Thailand sebagai wakil JAKIM melakukan pengesahan halal bagi produk di Thailand yang ingin dieksport ke Malaysia. Produk yang telah mendapat pengesahan halal dari badan islam ini dikehendaki menggunakan logo halal dari badan islam yang telah memberi pengesahan halal. Produk import tidak boleh menggunakan logo halal Malaysia kerana JAKIM tidak membuat pemeriksaan halal di luar negara.
DIJAMIN MURAH DARI PASARAN!!
POSTAGE BERGANTUNG PADA BERAT SUSU.
COD >AREA CHERAS,KAJANG,PUTRAJAYA,SEPANG,NILAI
KALAU BERMINAT DAN NAK JIMAT
SMS/WHATSAP 0173202420