Thursday, January 10, 2013

Rumahku Syurgaku bhgn. 2

Salam khamis... Cuaca agak panas kebelakangan ini... Dgn keadaan diri yg semakin sendat membuatkan saya jadi serba xkena, tapi saya harus hadapinya dgn tenang... Oh..terlupa pula...ini adalah kesinabungan tajuk semalam..ada sikit hal lagi saya nak rakamkan di sini...
Bertitik tolak dari niat kami utk melepaskan diri dari bebanan hutang serta riba...dgn membuat keputusan menjual rumah kesayangan yg baru didiami hampir 3 tahun itu...Tuhan sentiasa memihak kepada kami, Dia mempermudahkan kami dgn melancarkan segala urusan..hidup kami menjadi sgt tenteram, seolah segala masalah kami selesai dan doa kami dimakbulkan tanpa gagal, betullah apa yg kami lalui adalah cuma ujian , bila kita sedang lalui pahitnya kesusahan dalam menempuhi ujian, Dia sentiasa tunjukkan jalan, dgn kesabaran shj yg membuatkan hidup kami tenang..syukur...
Suatu kebahagiaan hanya akan dpt dikecapi dgn pengorbanan..dan pengorbanan itu merupakan ujian yg memerlukan kesabaran yg maksima...dan hasilnya..telah kami temui...ia xperlukan wang yg byk, rumah yg bsr, kereta yg mewah utk bahgia, ianya berada dlm satu sudut hati nurani setiap insan, carilah ....pasti anda temui...insyaaallah...
Sekarang kami sedang memulakan penghidupan yg baru, tiada bebanan hutang, riba dan beberapa masalah lain serentak diatasi dgn pertolongan Dia...atas izinNya...
Biarlah manusia mengejek dan mentertawakan kami, xkurg juga yg hebat menghukum kami, mengatakan ini adalah pembalasan, atas kesalahan lps...yg kami sdiri pun xpasti, walaupun kami sedaya upaya menjaga keberkatan hasil dan memenuhi segala tuntutan yg sepatutnya, cuma Allah SWT shj yg Maha Mengetahui segala isi dilangit dan dibumi... Dia yg berhak menilai kami, dan kami dgn yakin hanya Dia shj yg dpt membantu dan memberi rezeki yg berkat buat kami...tidak akan kami berpaling lagi...

kami diberi petunjuk agar dijauhi hutang riba... Dan kami syukur dgn kesedaran itu, kami mula menghisab diri, apa yg xkena..buntu, bagaimana hendak kami selesaikan dan bersihkan urusan yg diharamkan dgn tegas oleh rasullulah swt , inilah yg menjadikan hidup kami xtenteram..sentiasa dihimpit kesusahan..yg kami cipta sendiri, jua atas kelalaian kami sendiri, yg hanya mengikut kata dan kehendak duniawi..berlumba2 mengumpul harta yg xboleh dibawa ke mati...amat menyiksakan tanpa kami sedari dan kini segalanya telah berakhir dgn ketentuanNya...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Sent from my Xperia™ smartphone








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...